Friday 9 September 2011

unknown~

~xtaw la tajuk pe~
malam-malam mcm ni..... sara ase cam nk share ckit pasal ni... entry ni sara wat sendiri taw ... ni sesuai utk gurl yg bakal berkahwin... tp law nk blaja awl2 ape salahnye kn..hehe
entry ni btol2 tarik perhatian sara..Nabi Muhammad SAW pnah bersabda "setiap perempuan yang mati di mana sang suami rela kepadanya,pasti dia masuk syurga"
takkan korang x taw dah memang kewajipan isteri terhadap suami amat banyak. yang terpenting ada dua,iaitu menjaga dan menutupi..ala....mende tu kan dah basic dlm islam..x logik la kalau korang masih x taw..tp kalaw maseh x taw sal tu...ni sara kasi taw.. amek wat iktibar k...walaupun sara ni x la bagus sgt..tp kita saling tegur menegur la ehh...hehe..kemudian jangan meminta di luar kemampuan suami sehingga mendorong suaminya membuat pekerjaan HARAM..
korang taw x...zaman2 dulu kalaw suami keluar rumah.isteri atau anak2 akn berkata "takutlah dari usaha haram.kami tahan berlapar dan miskin dari memakan yang haram" zaman sekarang ade lagi ke isteri yang mcm tu??? ade ke?? ade?? maybe 1 dlm seribu kot.hehe...

seorang lelaki berkata kepada isterinya:
~maafkan aku,cinta abadiku.
~janganlah kamu imbangi kemarahanku.
~jangan kau pukul (perasaan) ku.
~kau tidak tahu bagaimana rasanya orang kehilangan.
~jangan kau suka mengadu
~cintaku akan hilang.
~ku lihat singa di hati ini.
~jika disakiti dia akan hilang.

p/s: paham2 kan sendiri ye ape yg ditulis di atas...

Assalamualaikum..  (",)                  

Monday 5 September 2011

si dia romantik??? wahhhhhh....

CIRI-CIRI LELAKI ROMANTIK....auww.....sara suke entry ni.... :

1.Orang yang romantik selalunya meminati cerita yang berkaitan dengan cinta dan perasaan dan menonton cerita tersebut lebih daripada 5 kali! 

2.Orang yang romantik biasanya akan mengucapkan sayang kepada pasangannya lebih dari 7 kali sehari! 

3.Orang yang romantik biasanya akan memeluk isterinya lebih dari 7 kali sehari! 

4.Orang romantik mudah menangis jika melihat pasangannya bersedih dan sebagainya. 
5.Orang romantik biasanya akan mendahulukan pasangannya untuk membuat sesuatu sebagai contoh mendahulukan pasangannya makan atau minum dahulu. Memegang konsep lady's first. 

6.Orang romantik amat kreatif dalam memberi kejutan kepada pasangannya. Sebagai contoh, suka memberi hadiah sebagai tanda ingatan, suka menyatakan rasa sayang pada saat-saat romantik, suka mengajak pasangannya ke tempat yang tenang dan indah. 

7.Orang yang romantik takut bersendirian. Tidak mahu ditinggalkan pasangannya dalam jangka masa yang lama. 

8.kebiasaan nya lelaki yang romantik amat setia kepada pasangannya. 

9.Orang yang romantik kurang berkata-kata tentang perasaannya, tetapi ingin difahami. 
10.Lelaki romantik biasanya kurang berkata-kata, tidak mengeluarkan kata-kata yang berbunga-bunga dan tidak mengabui mata wanita dengan kata-kata yang indah. 

11.Lelaki romantik selalunya ikhlas meminta maaf jika membuat kesilapan kepada pasangannya. Tetapi lelaki romantik jarang melakukan kesilapan depan pasangannya. 
12.Lelaki romantik biasanya taat beragama dan selalunya menganggap cinta adalah suci dan kesucian harus dipelihara. 

13.Lelaki romantik tidak akan mengambil kesempatan terhadap kehormatan wanita. Sebaliknya menjaga kehormatan dan amat menghormati wanita. 
14.Lelaki romantik biasanya akan merenung mata pasangannya ketika pasangannya berkata-kata. 

15.Lelaki romantik ikhlas dalam memberi hadiah. Dan suka mendengar luahan perasaan pasangannya. 
16.Lelaki romantik selalunya suka memuji akan kecantikkan pasangannya. Pujian yang diberikan selalunya ikhlas dan dinyatakan pada waktu yang bertepatan. 

17.Lelaki romantik biasanya memanggil nama kekasihnya dengan panggilan yang manja dan lembut. 
18.Lelaki romantik suka mengambil perihal makanan kesukaan pasangannya. 

19.Lelaki romantik akan mengajak isterinya berbicara jika melihat isterinya sedang risau dan sebagainya. 

20.Jika isteri mahu bercakap, lelaki romantik biasanya akan memperlahankan nada television atau radio untuk menghormati isterinya bercakap.

lelaki sekeliling kamu selalu bau masam??? ni la sebab2 dia......


pernah terbau kawan lelaki anda berbau masam? jangan cepat mengumpat. sebab lelaki ni pun banyak juga rahsianya. antara sebab kenapa lelaki berbau masam ialah:

1. jarang potong kuku. tahi kuku berkumpul akan menghasilkan concentrated acid kat tangan. bau akan keluar ikut rongga-rongga tapak tangan.

2. jimat pakaian. pakai balik baju 3 minggu lepas. spray sikit perfume cukup

3. jarang memotong bulu pubis. bau haram semerbak dari bawah menuju ke atas.
4. kentut tak bagi salam lebih pekat baunya. bau akan melekat pada seluar dan akan menghambur keharumannya pada sesiapa yang menghidu waktu pagi.

5. mandi malam je. siang pergi kelas setakat pakai minyak rambut cukup dah. bau semalam kena maintain.

6. suka pakai boxer kelmarin. basuh bila ada bekas lelehan.

7. lelaki memang ada yang suka bau masam. katanya, "natural smell".

8. pakai baju yang kurang kalis peluh. peluh menitis dari dada dan ketiak akan pantas memberi wangian semerbak.

9. sangat suka cium ketiak sendiri. yang berbulu lebat lebih afdhal

10. bau masam tu menunjukkan kemaskulinan.


p/s rasa high plak lepas pakai boxer 5 hari tak cuci

LELAKI SUKA GURL YG CAM MANE???

untuk entry kali ni pulaksara nak share sikit lah pasal lelaki suka perempuan yang macam mana. Take note ye gadis-gadis di luar sana! HAHA. 

1. Lelaki mula-mula akan pandang pada kecantikan paras rupa dulu. Apa-apa pun lelaki pastinya akan tetap pandang pada paras rupa seseorang itu dulu sebelum nak kenal-kenal dengan gadis-gadis ni. Baiklah, cantik ni very subjective. Jadi, jangan risau kalau korang rasa korang tak lawa macam Miss Universe sekalipun kerana kecantikan ini terlalu subjective bagi semua orang.
 

2. Lelaki suka perempuan yang pandai jaga adab. Means here, perempuan yang lemah-lembut, sopan santun dan sebagainya. Kalau perempuan tu jenis suka menjerit, melalak, tergedik-gedik macam bohsia, gelak kuat-kuat tu ade ke lelaki nak pandang? Mungkin ada. Tapi yang nak buat stok geli-geli lah kan. 


3. Lelaki suka perempuan yang pandai menjaga penampilan. Tak perlu nak berpenampilan pelik-pelik macam Lady Gaga untuk menarik perhatian lelaki. Perempuan kenalah selalu make-up tapi tak perlu tebal-tebal macam opera cina. Cukuplah sekadar bedak asas, lipstick, dan eye shadow kalau perlu. Nampak la menarik sikit daripada keluar rumah tanpa mekap, nampak macam baru bangun tidur je rupanya.


4. Lelaki tidak suka perempuan yang pengotor. Ya, paling tak suka sebenarnya. Tolonglah wahai perempuan-perempuan di luar sana sekalian, kalau nak keluar pergi mana-mana tu tolonglah pakai deodorant dan jugak perfume. Tapi janganlah sampai sebotol sehari korang balun perfume tu. Tapi kalau perfume murah takpe, boleh pakai buang. 

5. Lelaki suka perempuan yang memahami. Perempuan kuat sangat jealous kan, kenapa? Tahu tak punca penceraian, bergaduh laki-bini, gaduh boypren-girlpren ni sume disebabkan oleh sifat perempuan yang terlalu kuat cemburu lah sebenarnya. Serius tak tipu.
 

6. Lelaki tak suka perempuan yang cerewet. Kalau setakat cerewet sikit-sikit tu takpe lagi, kalau dah sampai tahap semua benda dia nak complaint, mana ada lelaki yang boleh tahan dengan engkau wahai cik bedah oih?


7. Lelaki suka perempuan yang pandai menjaga imej. Imej ni paling penting bagi perempuan sebenarnya. Kalau hari ni korang pakai shawl kaler pink, esok pulak try pakai shawl warne hitam putih polkadot pulak. Ini tak, dah la seminggu sekali basuh tudung tu, lepas tu hari-hari pulak tu pakai baju yang sama je. Tapi yang paling penting kalau perempuan tu dah elok-elok pakai tudung, jangan dibukak pulak tudung tu. Kononnya nak berubah imej. Ubah imej hotak hang macam tu. 

8. Lelaki suka perempuan yang pandai menjaga diri. Maksudnya di sini, lelaki tak perlu nak risau dengan attitude aweknya ataupun isterinya itu. Kalau dia keluar dengan jantan lain pun, lelaki memang takyah nak risau dah. Sebab perempuan tu pandai jaga diri. Dia tahu yang dia ada husband, dia tahu yang dia ada tunang ataupun dia tahu yang dia dah ada pakwe jadi dia tak perlu curang.
 

Okay, itu dia sedikit-sebanyak yang sara dapat kongsikan di dalam entry kali ini.Jumpa lagi!

tips CARA MEMIKAT LELAKI


 Posting ini pula sara ingin berkongsi 50 tips menarik cara memikat lelaki. Kepada wanita-wanita diluar sana, anda perlu berani untuk mencuba praktikkan tips power cara memikat lelaki ini. Kegagalan sebenar adalah kegagalan untuk mencuba. Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya.
Dibawah adalah cara-cara memikat lelaki yang harus wanita tahu:
  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berwatakan menarik(Persenoliti yang mampu mengugat hatinya).
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Agresif.
  29. Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam perbualan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna.
  32. Jangan perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting, tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
Sekiranya anda percaya dengan tips cara memikat lelaki ini, maka teruslah mencuba dan praktikkan cara tersebut. Semoga Berjaya.

Sunday 4 September 2011

lelaki merajuk???? tanda-tndanya ialah..:-

Diam Seribu BahasaDia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
Buat Tak TahuDia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Menolak Untuk Makan BersamaBila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )
Masam MukaTindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)
Baca Surat KhabarBab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
Menonton Televisyen Hingga Lewat MalamDia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!
Keluar Rumah Tanpa BeritahuAda lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
Matikan Telefon BimbitHa ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!
Hisap rokokMacam tak pernah dapat rokok setahun...

6 alasan lelaki lebih suka berstatus single

p/s: ni juz copy n paste dpd artikel yg sara bace...


Ada orang kata, hidup bujang menyeronokkan. Ada pulak yang kata, ada rumah dan ada tangga which means berumah tangga lebih bagus. Entah, kalau tanya saya. Of course saya kata hidup bujang lagi best. Sesuailah dengan status saya. Masih bujang.
Kali ini, saya tidak mahu menulis tentang diri sendiri. No soal wanita. Tetapi, saya mahu ajak korang semua berdiskusi tentang lelaki. Mana satu status idaman mereka? Menjadi suami atau be single men? Kalau single, apa alasan mereka ek? hohohoho.
Ini pandangan saya saja. Personally, dan janganlah pulak korang bergaduh kat sini naa. hehehe. Saya buat sedikit research dan hasilnya, setelah dicongak, di campur, dibahagi. Ada6 sebab musabab yang biasanya lelaki beri untuk terus memegang status Single agak lama. 6  sebab musabab itu termasuk :-
1- Best jadi single sebab boleh luangkan masa nak cari calon wanita yang tepat dengan citarasa
Mungkin jugak. Kalau alasan ni, saya boleh terima. Al-maklum, zaman sekarang ni nak cari perempuan yang betul-betul boleh buat isteri susah. Salah pilih, sengsara lah jiwa raga dan duit dalam bank.wahahaha
2- Best jadi single sebab boleh lakukan apa saja sesuka hati
Pada saya, lelaki macam ni memang belum boleh nak kahwin. Jangankan kahwin, nak ada pasangan kekasih pun belum layak. Kenapa? Sebab, lelai macam ni belum bersedia untuk pikul tanggungjawab sebenar sebagai seorang suami. Jiwa lelaki macam ni masih jiwa kanak-kanak :P
3- Best jadi single sebab boleh fokus pada kerjaya
Ok. Alasan ni memang ada juga. Saya pernah jumpa lelaki yang sangat workholic. Pentingkan kerjaya daripada segalanya. Ini namanya penyakit berbahaya jugak. Janganlah berkahwin dulu kalau rasa-rasa belum bersedia dan masih terkial-kial nak bahagikan masa antara kerjaya dengan bakal isteri ;)
4-Best jadi single sebab boleh kumpul harta
Hok ola. Rasanya lelaki macam ni boleh kita kategorikan dalam golongan lelaki kedekut tak? hehehe.Ok, pada saya tidak! Mungkin lelaki ni ada niat untuk kumpul sedikit harta sebagai bekalan hari tua kot. Cuma, janganlah pulak lelaki macam ni jad hamba duit sudah :P Ada pulak kes tak berkahwin sebab kaya sangat. Risau isteri habiskan duit. wahahaha
5- Best jadi single sebab boleh buat jiwa tenang
Cheh. Adakah wanita-wanita ni semua satu beban pada lelaki?wakakaka. Hmm, kalau fikir secara positif. Mungkin alasan ni boleh digunakan juga. Rasanya, memang ada perempuan yang selalu bikin jiwa lelaki macam mental kan? Apa taknya, sikit-siki merajuk, sikit-sikit nak follow mana lelaki pergi, belum lagi masalah jeles tak bertempat. Hmm, mungkin alasan ni boleh pakai jugak kot.hohoho
6- Best jadi single sebab dapat berlagak dengan status BUJANG
Boleh? Hampeh lah kalau ada lelaki macam ni. Cuma, better lah lelaki macam ni tak kahwin dulu dan terus hidup membujang sebab sudah terang lagi bersuluh lah kan yang diorang ni lelaki buaya darat. hohoho. Daripada mereka menipu, konon bujang sedangkan anak dekat rumah dah sedozen. Eloklah jadi bujang. hah, pakailak name tag besar-besar tulis MASIH BUJANG. cool jugak kan?
Terpulanglah pada individu itu sendiri. Baik lelaki, mahupun perempuan. Sama saja. Kalau masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab besar, jangan sesekali mulai melangkah ke alam perkahwinan. Kahwin bukan perkara main-main. Benih yang terhasil daripada hubungan suami isteri itu, walau nampak mudah tetapi untuk biarkan dia membesar dengan selamat bukan semudah kamu menghasilkannya :)